Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Farid Ishak, daripada jumlah itu, sebanyak 138 buah rumah adalah di kawasan Bintong, setakat pukul 12 tengah hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu, turut berlaku satu kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal akibat pokok tumbang di Jalan Tambun Tulang malam tadi dengan keadaan mangsa masih belum diketahui.

"Jumlah sebenar dan anggaran kerugian masih dalam taksiran. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini sehingga mengakibatkan kerosakan rumah, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.

Angin bertiup kencang bermula kira-kira pukul 8 malam ini dan hanya reda pada pukul 10.45 malam.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perlis, APM, terdapat 74 kes pokok tumbang diterima dengan membabitkan sembilan lokasi.- UTUSAN ONLINE