Majlis yang julung kali diadakan itu dilakukan di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan anjuran Bank Muamalat (M) Bhd.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, acara ini melibatkan seorang pegawai, 16 anggota pangkat rendah dan lima kakitangan awam.

KETUA Polis Negara Tan Sri Fauzi Harun bergambardengan sebahagian20 Pasangan Pengantindi perhatikan

KETUA Polis Negara Tan Sri Fauzi Harun bergambardengan sebahagian20 Pasangan Pengantindi perhatikan oleh CEO Bank Muamalat Malaysia Berhad Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Empat dari kanan) pada Majlis Raikan Cinta Raja Sehari Warga PDRM di Pulapul disini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ZAINI HUSIN

“Majlis yang ditaja sepenuhnya Bank Muamalat ditawarkan kepada seluruh warga PDRM yang mahu mendirikan rumah tangga buat kali pertama.

“Pada majlis ini 20 pasangan diijab kabul pada sebelah pagi manakala majlis persandingan berlangsung di sebelah tengah hari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memberitahu, pihaknya menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Bank Muamalat bagi melaksanakan majlis berkenaan.

“Majlis ini mula dibincangkan pada 16 Oktober dan diatur dalam tempoh sebulan untuk diadakan pada hari ini.

“Acara seumpama ini diraikan bagi menjimatkan kos perbelanjaan yang semakin tinggi sekarang ini,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid. - UTUSAN ONLINE