Michael Tay Chee Boon
MICHAEL TAY CHEE BOON 

Ketuanya, Michael Tay Chee Boon berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 90 peratus yang meminjam dengan ceti haram itu membabitkan peniaga dengan jumlah pinjaman antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Ada di antara mereka yang meminjam untuk berniaga dan persiapan Hari Raya Aidilfitri, malangnya disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini kebanyakan daripada mereka tidak boleh membayar kadar faedah dikenakan ah long.

“Sebanyak 20 kes pada kali ini sebenarnya menunjukkan pengurangan lebih 30 kes dalam tempoh sama pada Ramadan tahun lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan MCA Johor, Taman Maju Jaya di sini sebentar tadi.

Katanya, walaupun mencatat pengurangan namun masih satu jumlah besar dan berharap orang ramai peka dan sedar bahaya meminjam daripada Along.

Menurutnya, pada tahun-tahun sebelum ini mungkin disebabkan orang ramai masih boleh berbelanja, peniaga yang meminjam ah long masih boleh sekurang-kurangnya membayar kadar faedah dikenakan ke atas mereka.

Bagaimanapun katanya, tahun ini agak berbeza dan sebab itu peniaga sepatutnya bijak menyesuaikan diri selepas melihat perubahan ekonomi tahun ini.

“Terus terang saya katakan, saya hanya membantu mereka yang benar-benar terdesak hingga terpaksa meminjam daripada ah long seperti mana yang berlaku pada kes seorang pekerja kilang di Kulai, baru-baru ini.

“Jika saya dapati seseorang itu meminjam untuk membeli barangan berjenama, berjoli atau melancong sudah pasti saya tidak akan membantu mereka sebab mereka sendiri yang berbelanja melebihi kemampuan.

“Nasihat saya, adalah lebih baik meminjam dari rakan-rakan atau keluarga dahulu dan jangan sekali-kali meminjam dari Along, hampir semua kes berakhir peminjam tidak dapat menjelaskan hutang kerana kadar faedah kerana terlalu tinggi,” katanya. - UTUSAN ONLINE