Pertandingan itu juga bakal menempatkan nama dalam Malaysia Book of Recods sebagai acara menampilkan pertandingan jenis masakan paling banyak, 81 jenis dan juri paling ramai, 69 orang.

Pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Masters Kulinari Malaysia dan Vesta International Culiary Group (Vesta), akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Menurut Konsultan Vesta, Saifullah Ahmad, dalam pertandingan itu, para peserta akan menyediakan sebanyak 81 jenis masakan dengan menggunakan bahan-bahan hasil pertanian agro khususnya keluaran tempatan.

Beliau berkata, terdapat 14 kategori utama termasuk patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun dan artistik.

SALAHUDDIN AYUB bermesra dengan para juri World Chefs Championship selepas majlis pelancaran awal pe

SALAHUDDIN AYUB bermesra dengan para juri World Chefs Championship selepas majlis pelancaran awal pertandingan itu di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN ONLINE /YULPISMAN ASLI

“Satu lagi syarat pertandingan yang wajib dipatuhi oleh setiap peserta ialah mereka tidak menyediakan masakan atau hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alkohol sebagai antara bahan masakan kerana WCC adalah pertandingan berkonsepkan mesra kepada semua kaum di Malaysia,” jelasnya dalam majlis pelancaran awal WCC di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Menurut Saifullah, WCC terbuka kepada semua mereka yang mempunyai minat dalam bidang masakan, pastri serta penyediaan makanan dan minuman (F&B).

Malah katanya, suri rumah, pelajar hatta anggota tentera, pesara tentera dan pengusaha restoran juga boleh menyertai pertandingan itu bagi menguji keupayaan masing-masing.

Beliau berkata, WCC akan diadili oleh 69 orang juri profesional dalam kalangan chef tempatan dan antarabangsa, diketuai oleh Master Chef, Francis KC Tan.

“Pertandingan ini tidak beorientasikan keuntungan dan bagi setiap penyertaan bayaran RM100 dikenakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vesta, Yap Bok Tuck berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi WCC dalam usaha membantu mempromosikan negeri itu.

“ Tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah, jadi kita hendak membantu mempromosi Kedah dan Malaysia amnya yang kaya dengan aneka makanan,” katanya. - UTUSAN ONLINE