Program jelajah pendidikan ini diadakan dengan kerjasama Yayasan Coca-Cola, WMAM, SWM Environment Sdn. Bhd. serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tiga buah negeri terlibat.

Majlis pelancaran program itu berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan disempurnakan oleh Penasihat Kumpulan Profesional Muda WMAM, Zamri Abdul Rahman sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’ashari Othman; Ketua Unit Kokurikulum JPN Melaka, Jamsari Mariman dan Pengurus Operasi SWM Environment Melaka, Hisham Hussin.

Program WMAM Eco Youth Challenge 2018 melibatkan beberapa pertandingan dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan tahap kesedaran tentang pendidikan kelestarian alam, selain mengangkat pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Antara program yang bakal berlangsung termasuk pertandingan dan jelajah 3R, pertandingan kutipan barangan kitar semula, laporan kelestarian alam sekitar, pertandingan arca kitar semula, video pendek, program sampah marin dan ‘choral speaking’. - UTUSAN ONLINE