Mereka terdiri daripada dua pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)/Gred Khas; kakitangan pengurusan dan profesional (P&P) Pentadbiran (18 orang); kakitangan P&P Akademik (68 orang) dan kakitangan kumpulan pelaksana (72 orang).

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Utem, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan turut dihadiri Naib Canselor Utem, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Pada majlis itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Utem, Dr. Muhd. Ridzuan Mansor menerima anugerah tertinggi iaitu Pingat Perkhidmatan Cemerlang atas komitmen dan kejayaan beliau menaikkan nama universiti di peringkat negeri dan kebangsaan.

Selain beliau, tiga kakitangan dan pegawai menerima Anugerah Jasa Bakti berikutan perkhidmatan mereka yang melebihi 20 tahun.

Mereka ialah Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Prof. Madya Dr. Muhammad Syahrir Johal; Timbalan Ketua Pustakawan, Siti Saluwa Jamal dan Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Utem, Dr. Noor Raffidah Haron.

PROF. DATUK DR. SHAHRIN SAHIB
PROF. DATUK DR. SHAHRIN SAHIB 

Sementara itu, Shahrin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC dan berharap kesemua mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada universiti selepas ini.

“Pemilihan penerima APC ini diharap dapat terus memberikan contoh yang terbaik kepada kakitangan lain dan mereka ini diharap dapat membantu Utem meningkatkan keupayaan universiti untuk melahirkan lebih ramai mahasiswa berwibawa dalam bidang teknikal,” katanya. - UTUSAN ONLINE