Keadaan itu menyebabkan pen­­duduk yang mengalami ma­salah kesihatan terpaksa mendapatkan rawatan hospital di Kedah, Pulau Pinang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Keadaan itu menyukarkan mereka kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar khususnya dari segi pengangkutan.

MOHD. NOOR ABU BAKAR
MOHD. NOOR ABU BAKAR 

Projek pembinaan hospital­ dengan kos RM136.7 juta itu yang bermula pada Januari 2018 dan dikatakan bakal memuatkan 76 katil, hakikatnya dija­dualkan siap pada Disember 2020.

Seorang penduduk, Mohd. Noor Abu Bakar, 80, berkata, kerajaan wajar membe­ri perhatian se­gera menyiapkan pem­­­binaan hospital tersebut.

Menurutnya, pem­bi­naan Hospital Kerian telah beberapa ka­li tertangguh sejak hampir 15 tahun lalu dengan­ pelbagai alasan diberikan pihak terbabit.

“Ketiadaan hospi­tal memberi kesan ke­pada kami ter­uta­ma warga emas kera­na perlu sentiasa mendapatkan rawatan. Untuk pergi ke hospital di Ipoh, memerlukan perbe­lan­jaan yang tinggi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Parit Buntar, Abu Bakar Hussain berkata, penduduk yang mengharapkan hospital di kawasan tersebut ibarat ‘me­nung­gu buah yang tidak gugur’.

Sehubungan itu ka­­­tanya, mereka ti­dak­­ boleh lagi mene­rima pelbagai alasan bagi mewajarkan ke­le­watan pembina­an­nya.

ABU BAKAR HUSSAIN
ABU BAKAR HUSSAIN 

“Alasan kelewa­tan­­ pem­binaan ha­­­nya­­ satu peratus­ di­­­sebabkan per­­cang­ga­­han an­­tara agen­­si­ ter­libat sukar di­­terima.

“Mengapa sudah­ ti­ga kali pilihan raya projek ini masih belum siap? Kebanya­kan alasan yang diberi pula berlegar dari segi teknikal,” katanya.

Baru-baru ini, Ah­­li Dewan Undangan­ Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zul­karnain Abdul Munaim menzahir­kan rasa kecewa terhadap per­kembangan projek pembinaan hospital terbabit yang berdepan masalah kelewatan daripada jadual asal.