Program anjuran syarikat Drawzania.com dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan RHB Bank Berhad (RHB) itu pertama kali diadakan di negeri ini melibatkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah dan rendah.

Teknik FVS yang menekankan kemahiran lakaran itu membolehkan guru berkomunikasi secara lebih jelas dengan murid-murid yang bermasalah pembelajaran, selain mampu menyampaikan input yang berkesan berbanding kaedah sedia ada.

RUZAIMI MAT RANI
RUZAIMI MAT RANI 

Pengasas Drawzania.com, Dr. Ruzaimi Mat Rani berkata, sepanjang kursus tersebut peserta

didedahkan mengenai kemahiran asas FVS bagi memantapkan proses sesi bimbingan mereka kepada pelajar di sekolah.

“FVS merupakan satu daripada cabang kemahiran asas kepada manusia dan tanpanya manusia akan menjadi tidak efektif khususnya dalam komunikasi.

“Jika komunikasi itu gagal maka implementasinya juga akan gagal maka kaedah FVS ini tidak harus dipandang mudah oleh setiap orang,” katanya ketika ditemui pada program itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mohd. Redzuan Snusi dan Pengurus Pembangunan Perniagaan RHB Wilayah Selatan Barat, Nurul Huda Mohd. Nasir.

PETUGAS RHB Bank Berhad cawangan Melaka (berbaju biru) bergambar bersama 114 guru kaunseling
PETUGAS RHB Bank Berhad cawangan Melaka (berbaju biru) bergambar bersama sebahagian daripada 114 guru kaunseling sepenuh masa Melaka Tengah yang menghadiri Kursus Membudayakan 'Freehands Visualization Skill' (FVS) di SMK Bukit Rambai, Melaka hari ini. - UTUSAN ONLINE

Program FVS bermula sejak awal tahun 2015 untuk pengenalan modul dan dikomersialkan oleh Drawzania.com mulai tahun 2018 dan setakat ini modul tersebut diterima positif pelbagai pihak antaranya sekolah, universiti, korporat dan orang awam.

Melaka merupakan lokasi ketiga selepas Terengganu dan Sabah yang didedahkan dengan kursus FVS dalam siri jelajah tersebut.

NURUL HUDA MOHD. NASIR
NURUL HUDA MOHD. NASIR 

Sementara itu, Nurul Huda ketika ditemui berkata, sepanjang kursus itu, RHB memberi taklimat berkaitan pengurusan kredit kepada semua guru untuk mengendalikan sistem kewangan.

Katanya, dengan bantuan 15 kakitangan dari pejabat RHB cawangan Melaka menyampaikan ceramah selama sejam untuk peserta mengetahui mengenai kaedah celik kewangan.

“Sepanjang program ini, peserta diberi taklimat bagaimana menguruskan kredit masing-masing malah ada yang belum pernah dimaklumkan mengenai wujudnya sistem kredit info Ramci yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia bagi tujuan itu.

“Selain itu juga peserta diberi kesedaran mengenai pentingnya melabur untuk simpanan masa depan menerusi skim pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengikuti kemahiran FVS secara dalam talian boleh melayari laman web www.drawzania.com untuk melanggan pada harga serendah RM200 setahun. - UTUSAN ONLINE