Perhimpunan bersama yang dianjurkan oleh Pemuda Pas dan UMNO turut mengutuk sekeras-kerasnya tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO, Noor Hariri Mohd. Noor; Ketua Pemuda Pas, Nohd. Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff; Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Datuk Mohamad Awang; Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Akbar Salim dan Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri, Nazman Che Ibrahim. 

SEBAHAGIAN umat Islam yang menyertai Perhimpunan Solidariti bersama umat Islam New Zealand serta Him

SEBAHAGIAN umat Islam yang menyertai Perhimpunan Solidariti bersama umat Islam New Zealand serta Himpunan Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Masjid Beijing, Rantau Panjang semalam. - UTUSAN ONLINE

Sementara itu, Nazman berkata, Islam menganjurkan perdamaian dan keamanan sejagat serta menolak sama sekali segala bentuk tindakan yang membawa kepada perpecahan. 

"Apa yang berlaku di New Zealand memberikan pengajaran yang amat berguna kepada ini. Tindakan gila si pelaku ini adalah benih Islamophobia yang disemai oleh barat sejak sekian lama. 

NOOR HARIRI MOHD. NOOR (tiga dari kanan) berucap pada Perhimpunan Solidariti bersama umat Islam New

NOOR HARIRI MOHD. NOOR (tiga dari kanan) berucap pada  Perhimpunan Solidariti bersama umat Islam New Zealand serta Himpunan Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Masjid Beijing, Rantau Panjang semalam. - UTUSAN ONLINE

"Benih-benih itu juga sudah merebak ke negara ini dan perlu ditangani segera kerana Islam amat bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Islam adalah agama suci yang menganjurkan kepada kebaikan, perpaduan dan hormat menghormati," katanya di sini hari ini. 

NAZMAN CHE IBRAHIM memegang poster membantah pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand. - U

NAZMAN CHE IBRAHIM memegang poster membantah pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand. - UTUSAN ONLINE

Katanya, mereka berharap kerajaan memandang berat perkara ini dan tidak membiarkan benih kebencian hasil didikan barat terus merebak ke negara ini apatah lagi sejak akhir-akhir ini penghinaan terhadap Rasulullah SAW semakin ketara. - UTUSAN ONLINE