Mangsa Mohamanor Yusoh, 52, yang berasal dari Narathiwat maut selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian pukul 4.20 petang itu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang berhenti untuk memasuki simpang ke Kampung Pasong Hantu.

Difahamkan sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas telah terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang kampung berkenaan.

Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Myvi telah merempuh bahagian belakang motosikal tersebut sehingga menyebabkan Mohamanor cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, kejadian tersebut berlakh berhampiran balai bomba itu.

“Sejurus dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat itu sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian namun mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE