Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa P.Muthusamy, 72, patah kaki di bahagian kanan akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian pokok tumbang itu juga menyebabkan dua lorong menghala ke Rawang dekat sini terhalang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arshad Kamaruddin berkata, proses mengeluarkan mangsa telah dibantu oleh pihak bomba selain memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan yang menghalang laluan.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.