Kejadian pada pukul 3.45 petang itu berlaku ketika Whai Khim sedang mengundurkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya sebelum hilang kawalan akibat serangan jantung.

MOHD. ALI TAMBY
MOHD. ALI TAMBY 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian menimpa mangsa itu disedari isteri mangsa setelah terdengar bunyi kereta terlanggar sesuatu di luar rumah mereka.

Katanya, menyedari suaminya dalam keadaan tidak bermaya, wanita berusia 69 tahun itu segera menghubungi ambulans dan pihak polis untuk bantuan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat serangan jantung oleh pembantu perubatan.

“Menurut isteri mangsa, suaminya mempunyai rekod sakit jantung dan buah pinggang. Pemeriksaan awal mendapati tiada perlakuan jenayah dikesan ke atas mangsa,” katanya. - UTUSAN ONLINE