Memetik laporan portal berita Utusan Borneo, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu berkata, dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang seorang lelaki berumur 27 tahun.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang berusia 39 tahun turut mengalami luka calar di bahagian tangan kanan dan muka.

Manakala lelaki terbabit cedera di bahagian badan dan juga kepala.

Jurucakap memberitahu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 pagi.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE