Kejadian yang berlaku ketika angin kencang sebelum diikuti hujan lebat itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an itu mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok telah menghempap bahagian hadapan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita.

"Mangsa bagaimanapun telah dibantu dan dibawa keluar dari kenderaan itu oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan.

"Anggota bomba telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja memotong pokok tumbang itu segera dijalankan dan operasi tamat pada pukul 3.24 petang.-UTUSAN ONLINE