Video MEDIA SOSIAL

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 1.25 pagi.

"Setakat ini disahkan dua pekerja warga tempatan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID.

"Kebakaran yang berlaku telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 pagi dengan kekuatan seramai 30 anggota dan lima kenderaan Bomba ERT PETRONAS RAPID," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE