Dalam kejadian tersebut, lori dipandu mangsa, Abu Bakar Dan, 43, terbabas dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran berkedalaman 3 meter.

Berikutan itu, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) datang untuk membantu mangsa.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sele

ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori dipandunya terbabas dan masuk ke kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Utama, Taman Delima 3, Kluang, Johor, pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA JOHOR

Komander Operasi, Pegawai Bomba Juazman Miskom berkata, pasukan bomba terpaksa meminta bantuan kren untuk menaikkan lori tersebut bagi memudahkan anggota mengeluarkan mangsa.

“Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang berada di lokasi kejadian.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sele

ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori dipandunya terbabas dan masuk ke kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Utama, Taman Delima 3, Kluang, Johor, pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA JOHOR

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, lori itu datang dari arah Delima 1 menghala ke Kluang dan operasi tamat pukul 11.46 pagi. - UTUSAN ONLINE