Sebelum ini, kejadian pertama berlaku pada April dan disusuli insiden kedua awal bulan ini hingga menyaksikan enam anggota bomba cedera.

Dalam insiden terbaru yang berlaku pada pukul 6.59 petang itu, sebuah kilang kimia, Serba Kimia Sdn. Bhd pula musnah sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar.

Jurucakap bomba Selangor berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, enam pasukan bomba daripada enam balai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 7.40 dan kebakaran memusnahkan 80 peratus kilang tersebut tetapi tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE