Jurucakap bomba memberitahu kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 256.1 lebuh raya berkenaan setelah menerima panggilan mengenainya pada pukul 12.29 tengah hari.

Difahamkan laluan ke utara ditutup pada kedua-dua lorong akibat treler yang melintang jalan.

Jurucakap bomba berkata, seorang mangsa kemalangan tersepit dan operasi menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar.

Sementara itu, rakaman video mengenai kemalangan tersebut tular dalam media sosial.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang mangsa kemalangan dalam keadaan tertiarap dipercayai telah meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE