Video oleh FARIZ RUSADIO

Norma Ishak, 57, berkata, dia menerima berita sedih mengenai kematian ibunya ketika berada dalam feri ber­kenaan pada pukul 3 petang.

“Saya tinggal di Langkawi dan berulang-alik menaiki feri untuk menziarahi ibu, Halijah Shafie, 80, yang sakit tenat di Kubang Rotan.

“Saya rasa sangat terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibu buat kali terakhir apabila jenazahnya dikebumikan pada pukul 8.45 malam tadi,” katanya di sini.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, seramai 25 penumpang feri dan sembilan krew terkandas lebih tujuh jam selepas feri dinaiki mereka dari Langkawi ke Kuala Kudah menga­lami kerosakan enjin.

Sumber memaklumkan, feri tersebut bertolak pada pukul 2.30 petang dan dijadualkan tiba di Terminal Feri Kuala Kedah pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, katanya, pihak syarikat feri terbabit menerima panggilan yang memaklumkan enjin feri terbabit mengalami kerosakan kira-kira pada pukul 3.30 petang.

“Feri tersebut mengalami kerosakan enjin ketika berada sejauh 27.8 kilometer dari Kuala Kedah,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah di sini.