Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika Noor Amira Shyuhada Mohd. Noh, 33, bersama dua anaknya dalam perjalanan ke rumah mereka di Ajil dari kediaman keluarga mertua di Felda Bukit Banding menaiki kereta.

Bagaimanapun, Noor Amira Shyuhada bersyukur kerana anaknya, Nur Qhaulah Rama­dhani Mohd. Kamal Azhar terselamat daripada menjalani pembedahan selepas kerongsang itu berjaya dikeluarkan menerusi pembuangan air besar kira-kira pukul 4.32 petang ini.

Menurutnya, dia tergerak untuk melihat najis anak bongsu daripada tiga beradik itu selepas bayinya terkentut.


“Apabila tengok dekat nampak ada kerongsang macam nak keluar, mujurlah ia selamat keluar bersama najis,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Noor Amira Shyuhada memberitahu, sewaktu kejadian, Nur Qhaulah Ramadhani dipangku kakak sulungnya, Nur Damia Darwisya, 11, di tempat duduk penumpang hadapan kereta.

Ujarnya, kejadian itu hanya disedari selepas diberitahu anak sulungnya sebelum memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Masa itu saya tengah memandu jadi, tak perasan apa yang dia tengah buat tambahan pula gelap. Kebetulan kerongsang itu berada di celah pintu, bahagian penumpang,” katanya.