Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Syazwan Saidy berkata, insiden itu menyebabkan mereka terdedah kepada merkuri daripada alat tersebut yang tiba-tiba pecah di atas meja selepas doktor wanita berusia 36 tahun itu merawat seorang pesakit.

“Doktor berkenaan menjerit kepada pembantunya mengarahkan semua orang yang berada dalam klinik itu keluar dan terus menghubungi bomba.

“Sepasukan lapan pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.35 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba dan pasukan Hazmat mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk mengeluar dan membersihkan kawasan yang tercemar.

Beliau berkata, semua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - UTUSAN ONLINE