Menurut ciapan @plustrafik, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 petang apabila treler terbabit terbabas lalu terbalik dan melintang di tengah lebuh raya sehingga menutup semua lorong.

Keadaan itu menyebabkan kesemua kenderaan menghala utara terpaksa menunggu lebih tiga jam dan ada segelintir pemandu menggunakan menggunakan lorong kecemasan bagi mengelak kesesakan.

Kejadian itu menyebabkan trafik sesak sehingga 10 kilometer (km).

“Status terkini, semua laluan masih terhalang & kerja pengalihan sedang dijalankan. Trafik sesak 8 km. Sila keluar di Plaza Tol Tangkak/Jasin atau gunakan laluan alternatif,” ciapan terbaharu yang dimuat naik sebentar tadi.

Bagaimanapun status pemandu treler tersebut masih belum diketahui dan kerja-kerja pengalihan sedang giat dijalankan oleh petugas konsesi lebuh raya terbabit.- UTUSAN ONLINE