Bagaimanapun kejadian di susur keluar ke pusat beli-belah Johor Premium Outlet (JPO) menghala Johor Bahru itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pemandu treler berkenaan, Mohd. Zarul Azmizan Ismail, 31, terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan berat tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai dengan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sejurus pihak bomba tiba api ketika itu sedang marak membakar treler tersebut. Treler itu datang dari arah Tuas, Singapura menuju ke Banfoo, Ulu Tiram, Johor Bahru.

“Bahan yang dibawa adalah Isopropyl alcohol iaitu agen pembersih yang bertindak sebagai anti septik. Operasi ditamatkan pada pukul 8.45 malam. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE