Kebakaran berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi melibatkan ruang tingkat satu seluas 7.9 x 21 meter persegi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 8.30 pagi.

“Sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahril Zauni bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

“Sebanyak 15 anggota terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta BBP Jalan Kubu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, sebaik sahaja tiba di lokasi pihaknya mendapati bahagian kilang di tingkat satu itu telah musnah terbakar.

 

Kata beliau, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami dalam kejadian itu.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kebakaran tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE