melibatkan dua buah kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori di Kilometer 32, Jalan

Langkap-Kampar di sini hari ini.

Nahas pada kira-kira pada pukul 10.30 pagi itumenyebabkan salah seorang mangsa, Farah Ain Salim, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara dua lagi mangsa iaitu Fuziyah Sarjuni, 62, dan Faridah Md. Nayen, 38, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dan seorang lelaki berusia 43 tahun turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan

berlaku ketika sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dinaiki ketiga-tiga wanita yang maut serta seorang bayi perempuan dari arah Langkap ke Kampar.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori berkenaan dipercayai terlanggar belakang kereta Suzuki Swift yang membelok ke simpang kanan.

“Akibat rempuhan tersebut, kereta dinaiki empat individu itu berpusing beberapa kali sebelum terlanggar pacuan empat roda jenis Ford Ranger dari arah bertentangan,” katanya.

Menurut Mohd. Marzuki, kereta tersebut kemudian terperosok ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

Kata beliau, kemalangan menyebabkan lori tersebut terbabas sebelum melanggar sebuah kereta jenis

Proton Saga di belakang Ford Ranger dan terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

“Seorang penumpang Suzuki Swift iaitu Farah Ain disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandunya iaitu Fuziyah dan seorang lagi penumpang, Faridah pula meninggal dunia ketika

menerima rawatan di Hospital Teluk Intan,” katanya.

Katanya, pemandu lori berusia 36 tahun kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE