Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa yang maut ialah Muhammad Danial Adam Che Hasim, 17; Abdul Rahman Abdullah, 16 dan Muhammad Nasrun Al Hakim Nor, 14.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal menjadi ketiga-tiga remaja berkenaan dalam perjalanan dari Bukit Mas ke Bukit Panau.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian remaja berkenaan dikatakan telah berlanggar sesama sendiri.

“Kesan pelanggaran itu, menyebabkan ada dalam kalangan mangsa telah terbabas ke bahu jalan disebelah kiri dan kanan.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Suzaimi memberitahu, kesemua jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan itu sedang dijalankan.

“Kes disiasat bawah sseksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE