Nahas tersebut mengorbankan Muhamad Syahidi Ahamad Kamil, 24; Tengku Khairul Amirin Tengku Kamarudin, 24, dan seorang lagi mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Kemalangan itu turut mengakibatkan seorang lagi mangsa, Muhammad Shahrin Rasid, 23, cedera parah.

Ketua Balai Bomba dn Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian setelah pihaknya menerima maklumat pada pukul 5.11 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki keempat-empat mangsa dan sebuah bas pelancong.

KEADAAN bas persiaran yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Gerik-Kupang di Gerik h

KEADAAN bas persiaran yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Gerik-Kupang di Gerik hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Ihsan Bomba

“Maklumat awal memberitahu terdapat empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu dan tiga daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Anggota bertindak mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamat dan mereka yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, seorang lagi lelaki yang cedera parah dihantar ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan.

“Penumpang dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada pukul 6.28 petang,” katanya. - UTUSAN ONLINE