Agensi berita kebangsaan Lusa melaporkan, ketua pengangkutan dan pelancongan pulau berkenaan berkata, angka itu berdasarkan maklumat terbaharu yang diperolehi oleh perkhidmatan kecemasan.

Manakala jumlah yang mati pula meningkat kepada 42 orang.

Sejak kelmarin jumlah yang dilaporkan hilang akibat ribut kencang yang menyebabkan banjir lumpur serta menghanyutkan pokok-pokok serta batu-batu ke pesisiran pantai ialah 16 orang.

Para pegawai berkata, hubungan komunikasi ke pulau berkenaan masih bermasalah menyebabkan beberapa maklumat bercanggah. - AP