Namun, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir. Hashim Osman menjelaskan bahawa pencemaran itu tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor.

Jelas Hashim, pihaknya menerima maklumat mengenai pencemaran itu kira-kira pukul 6 petang tadi sebelum sepasukan anggota LUAS telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti sisa bahan kimia itu.

“Setakat ini, maklumat yang diterima ialah bahan kimia tersebut dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke dalam Sungai Klang. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk keluasan pencemaran dan akan maklumat sekiranya terdapat perkembangan terkini.

“Bagaimanapun, pencemaran ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor dan kemungkinan hanya memberikan kesan terhadap haiwan ternakan sekitar sungai tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, gambar berkaitan pencemaran itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook LUAS setengah jam yang lalu menunjukkan keadaan sungai yang tercemar.-UTUSAN ONLINE