Sultan Ahmad Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM tiba kira-kira pukul 10 malam di pekarangan pekarangan bilik Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketibaan Sultan Ahmad Shah disambut anakanda baginda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda kemudian meluangkan masa bertemu dengan waris kedua-dua juruterbang tersebut. - UTUSAN ONLINE