Mohd. Ikhram Ab Azit, 22, dan isterinya, Nur Syafiqah Jaafar, 22, yang sedang mengandung lima bulan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, pemandu kereta Azlan Nasir, 27, cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohamed Piah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 6.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas dikatakan cuba memotong kenderaan lain di laluan berkenaan.

“Bagaimanapun Perodua Myvi itu gagal menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut telah bertembung,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE