Dalam kejadian kira-kira pukul 11.59 pagi itu, kebakaran melibatkan stor yang dijadikan tempat simpanan barang seperti kerusi dan meja.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, L. Logeswaran berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

“Sebanyak 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.31 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE