Status WhatsApp itu dikemaskini Nur Salsabila pada pukul 8.46 malam iaitu kira-kira tujuh jam sebelum dia dan adiknya, Nur Ain

Sumayyah,13, maut dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Endah, Banting, awal pagi tadi.

Bapa mangsa, Mohd. Fakrul Khair Baharin, 41, berkata, salinan skrin WhatsApp itu akan disimpannya hingga ke akhir hayat kerana hanyalah itu kenangan yang tinggal kerana semua yang lain turut hangus bersama arwah dan adiknya.

“Mungkin dia dah rasa masanya sudah dekat sebab itu dia memuat naik status WhatsApp begitu, cuma saya sahaja yang tak perasaan,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Banting di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.48 pagi itu, Nur Salsabila dan Nur Ain Sumayyah rentung 100 peratus setelah terperangkap dalam insiden kebakaran rumahnya.

Ketika kejadian kedua-dua beradik itu cuba diselamatkan bapa saudara mereka, Datuk Khamijas Ngainan tetapi usahanya gagal kerana api marak terlalu cepat. - UTUSAN ONLINE