Penyusutan jumlah di Segamat itu sekali gus menyaksikan bilangan mangsa banjir di seluruh negeri, setakat pukul 8 malam tadi, berkurangan kepada 2,423 daripada 655 keluarga di 40 pusat pemindahan.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, bilangan mangsa banjir di Tangkak dan Muar masih sama seperti petang tadi.

"Seramai 626 daripada 152 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan di Tangkak dan 434 daripada 123 keluarga pula di enam pusat pemindahan di Muar," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. UTUSAN ONLINE