Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Shaharuddin Basri Ibrahim ketika dihubungi berkata, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan kesihatan murid tidak terjejas.

Pada Selasa lalu, seramai 14 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Parit Selangor dipindahkan ke SK Kampung Sawah berikutan IPU di sekolah itu mencapai bacaan tidak sihat.

Selain itu, kedudukan sekolah dalam jarak 2 kilometer dari ladang tanah gambut seluas kira-kira 7.5 hektar di Jalan Johor-Pontian yang terbakar sejak minggu lalu mendedahkan risiko jerebu dan asap pembakaran terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan turut meninjau sekolah itu kelmarin.

Sebuah alat pengukur bacaan IPU diletakkan di SK Parit Selangor oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada minggu lalu. - UTUSAN ONLINE