Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Ooi Jun Tai, 22, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 5.05 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta sahaja.

"Pemandu kereta tersebut telah melanggar bahagian tengah pembahagi jalan di antara susur masuk ke Mak Mandin dan jalan menuju ke Kepala Batas," katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.- UTUSAN ONLINE