Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri, Zainal Yusoff berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah dan sebuah kem tentera mengalami kerosakan.

“Pada masa ini kita masih mengenalpasti rumah dan premis yang rosak yang mana kita menjangkakan jumlah rumah terjejas meningkat.

“Antara kampung yang terlibat setakat ini ialah Kampung Sungai Kepong, Kampung Gajah Mati dan sekitar Lanchang,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tiada pusat pemindahan sementara dibuka pada masa ini dan pihaknya masih terus melakukan pemantauan. - UTUSAN ONLINE