Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, kebakaran melibatkan barang-barang lama yang disimpan di bawah ruang tangga bangunan tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.26 petang dan sebanyak lima jentera dengan kekuatan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Titiwangsa serta BNP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kita mendapati berlakunya kebakaran dan asap tebal keluar dari bangunan berkenaan.

“Sebanyak 10 peratus di ruangan tersebut terbakar serta melibatkan buku, kerusi dan meja yang disimpan di bahagian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, api berjaya dikawal kira-kira pukul 1.52 petang dan padam sepenuhnya pda lima minit kemudian. 

Sementara itu, beberapa video yang menunjukkan pengunjung MATTA Fair berkumpul di bahagian luar bangunan PWTC dan kelihatan asap keluar dari satu bahagian di bangunan berkenaan tular dalam laman sosial hari ini. - UTUSAN ONLINE