Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Ku Muhammad Arshad Abdullah, 15, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Rambai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher dan dada.

AFZANIZAR AHMAD
AFZANIZAR AHMAD 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Tanjung Minyak menghala ke Bukit Rambai.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun yang berada di bahu kiri jalan arah sama tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar.

“Mangsa yang gagal mengelak kemudian merempuh pintu pemandu kereta terbabit lalu tercampak ke laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Afzanizar, pemandu warga emas itu turut mengalami pendarahan di hidung serta mata dan dirawat di Hospital Melaka.

Remaja maut motosikal rempuh kereta

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE