ARJUNA PUTRA ALI
ARJUNA PUTRA ALI 

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA, Arjuna Putera Ali berkata, inisiatif itu adalah di bawah pimpinan Dr. Asmah Razali bersama jawatankuasa peringkat negeri.

Para peserta turut mendengar kisah keluarga Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang menjadi mangsa keracunan toksik dan disahkan menghidap penyakit Myokimia.

Menurut Arjuna beliau serta semua yang hadir bersimpati dengan semua mangsa tragedi tersebut dan menuntut tindakan tegas bagi menutup kilang-kilang haram, untuk memastikan kejadian sedemikian tidak berulang.

Peserta yang hadir juga menyuarakan kebimbangan keberkesanan tindakan kerajaan negeri menangani tragedi itu, terutama wakil rakyat kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana mangsa memaklumkan tragedi kali kedua itu merupakan satu perkara yang boleh dielakkan jika kerajaan bertindak cepat dan lebih bersedia. 


arjuna