Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat kemalangan dan video yang tular itu dipercayai berlaku di luar negara.

“Berdasarkan video berkenaan, kita mendapati kejadian tersebut bukan berlaku di Gerik. Ini berdasarkan bentuk jalan, kenderaan terlibat dan dialek percakapan dalam video berkenaan.

“Malah, sehingga kini tiada apa-apa maklumat terdapat kemalangan berlaku di Gerik,” katanya di sini hari ini.

Video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian.

Terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu sebuah kereta serta penumpang yang masih berada di dalam bas selain muatan lori yang bertaburan di atas jalan. - UTUSAN ONLINE