Bagaimana kejadian tersebut hanya disedari pemilik kedai emas itu hari ini, sebaik dia mahu memulakan perniagaan selepas bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kumpulan penjenayah memasuki kedai emas kira-kira pukul 2 pagi melalui saluran angin di bahagian belakang premis.

Jelasnya, sebaik memasuki premis kumpulan penjenayah itu bertindak mematikan sistem penggera serta keselamatan, sebelum menebuk bilik kebal dan empat peti besi yang menyimpan barangan kemas.

“Berdasarkan penelitian awal polis, kumpulan penjenayah ini sangat terlatih kerana bukan sahaja semua alat keselamatan dimatikan tetapi mereka tahu secara tepat lokasi bilik kebal dan cara bilik kebal serta peti besi ditebuk, menampakkan mereka profesional.

“Mereka juga bertindak melarikan alat perakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kita ada beberapa bahagian alat pemotong besi sengaja ditinggakan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Baharudin, polis sedang meneliti kesemua rakaman CCTV di premis sekitar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE