Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mangsa, Alif Nazzme Azman, 20, disahkan maut di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati pemandu kenderaan yang merempuh mangsa ternampak lelaki itu dalam keadaan melintang di atas jalan sebelum gagal mengelak dan melanggar mangsa.

“Mangsa yang beralamat di Kota Tinggi itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, lokasi kejadian merupakan jalan lurus namun keadaan persekitaran gelap dan tidak berlampu.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE