Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa Ton Bendahara Ton Yusof, 51, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal roda tiga dikatakan dari arah Bukit Payong menghala ke Kuala Terengganu.

Setibanya di lokasi kejadian motosikal mangsa dirempuh oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftarannya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, superintenden Abd. Razak Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek kenderaan yang terlibat dan orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE