Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Izzaz Syamil Ismail, 23, yang memandu bersendirian kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pengadu ternampak beberapa ekor haiwan berkenaan di atas jalan raya namun tidak sempat mengelak ekoran jarak yang dekat.

"Oleh kerana jarak yang dekat, pengadu gagal mengelak lalu terlanggar lembu-lembu tersebut.

"Bagaimanapun, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaannya yang rosak teruk," katanya di sini.

Sehubungan itu, Mohd. Adli mengingatkan pemilik haiwan agar tidak melepaskan ternakan mereka merayau di jalan raya.

Katanya, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil ke atas mereka yang ingkar. - UTUSAN ONLINE