Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan petang kelmarin dan tengah hari semalam masing-masing berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Hari ini kita telah selesai mengambil dan merekodkan keterangan daripada ketiga-tiga suspek ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohammad Ezzani berkata, suspek terdiri daripada pemilik sebuah kilang kimia, kilang barang lusuh dan pekerjanya. - UTUSAN ONLINE