Ketua polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu berlaku ketka mangsa, Muhamad Saufi Jamaluddin, 27, dalam perjalanan dari arah Dong ke pekan Raub.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang dipercayai menunggang dalam keadaan laju gagal mengawal kenderaan dan merempuh bahagian belakang lori.

“Akibat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu lori yang dikatakan tidak menyedari kejadian meneruskan perjalanan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE