Muhamad Saiful Ab. Rahman, 36, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Krai pukul 2 pagi ini setelah hampir sembilan jam bertarung nyawa.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang di hadapan hentian rehat Rantau Manis dan ketika nahas, mangsa datang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Sebuah lori yang mengekori belakang sebuah Toyota Hilux dari arah Kuala Krai ke Gua Musang tiba-tiba mengelak dan memasuki laluan bertentang menyebabkan tidak sempat mengelak lalu terlanggar cermin sisi lori dan terjatuh.

“Motosikalnya dipercayai bergesel kuat dengan lori terbabit menyebabkan mangsa mengalami cedera parah termasuk putus tangan kanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

MUHAMAD SAIFUL AB. RAHMAN
MUHAMAD SAIFUL AB. RAHMAN 

Katanya, pemandu lori jenis Hino, Mohd. Iqbal Hakim Adnan, 22, dari Kampung Chabang 3 Chetok, Pasir Mas tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia hampir 9 jam selepas kemalangan.

“Mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Kuala Krai sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan pagi ini,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE