Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, langkah tersebut bagi menangani masalah jerebu merentasi sempadan yang kian meruncing selepas diputuskan dalam mensyuarat Kabinet semalam.

"Kita telah berbincang untuk menjalankan operasi pembenihan awan di Sarawak hari ini ekoran pertambahan hotspot yang mendadak di Kalimantan dari 480 kepada 1188 hotspot.

"Agensi kerajaan yang berkaitan sudah bersiap sedia di sana untuk melakukan pembenihan awan dan sekiranya keadaan awan dalam keadaan baik, kita akan melakukan pembenihan pada ha9ri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada penutupan Hari Inovasi Kejuruteraan-Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar, UTM di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Presiden Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.-UTUSAN ONLINE