Mangsa, Mara'ai Md Aris, 57, maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi pemandu Soo Chuan Yue,48, Soo Yeong Min,21, dan Muhammad Usamah Zaky Mohd Rodzi,20, mengalami kecederaan ringan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kemalangan berlaku apabila Mara’ai dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pejabat Kesihatan Gombak menghala ke Kuala Kubu Bahru.

Sampai sahaja di lokasi kejadian, kereta Proton Saga yang dipandu Mata’ai telah memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu oleh Chuan Yue.

Pada masa yang sama sebuah lagi kereta Perodua Myvi dipandu Yeong Min yang berada di belakang kenderaan Chuan Yue tidak sempat menggelak dan terbabas.

Berikutan kejadian itu juga telah menyebabkan sebuah motosikal yang dinaiki Muhammad Usamah Zaky turut tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta dipandu Chuan Yue sebelum terjatuh di bahu jalan sebelah kiri.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab. Rahman berkata, kesemua mereka yang cedera kemudiannya telah di bawa ke Hopsital Selayang untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, manakala proses bedah siasat mangsa yang maut pula dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.